Dalam cuti midsem ini saya telah pergi jumpa satu tutor akaun, yang bernama Kai Er, di One Accaunting Centre di Ipoh.
Dia seorang yang peramah, bantu saya dengan banyak. Sebelum saya belajar akaun saya tahu akaun terdiri daripada beberapa konsep seperti belanja, hasil, liabiliti, aset yang merupakan konsep utama. Dalam pengetahuan saya, belanja adalah mengeluarkan wang untuk membeli sesuatu, dan hasil ialah mendapatkan wang daripada satu aktiviti, tapi sebenarnya tidak. Kai Er mengajar saya hasil ialah menjual atau menghantar sesuatu keluar seperti barang dan perkhidmatan tanpa mengira sudah terima wang atau tidak manakala belanja ialah mendapat suatu faedah tanpa mengira sudah bayar atau tak.
Dia telah mengajar saya banyak dan buat saya minat dalam subjek ini. Dia memang sabar dalam mengajar saya kerana saya selalu tanya banyak soalan. Saya berasa bersyukur kerana berpeluang mengenalinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan