Jumaat, 20 November 2015

Emosi

  

  Manusia mampu berfikir dengan cekap dalam membuat sesuatu keputusan atau memilih sesuatu yang diingininya.Bagaimanapu kita perlu menangani emosi kita dengan baik kerana otak yang berfungsi untuk memikir dengan kreatif masih memerlukan emosi untuk membuat sebarang keputusan dalam kehidupan.
     
      Emosi yang baik dapat membantu kita melengkapkan sebarang keputusan,membuat keputusan yang teraik.  Bagi mereka diserang sindrom emosi yang negatif yang kadang-kala boleh menyebabkan pergaduhan dalam perbualan dan menyukar dalam berkomunikasi secara jelas. Keadaan ini akan menyebabkan masalah akan wujud dalam kehidupan seharian kerana berasakan semua orang adalah tidak baik, tidak boleh dipercayai dan sebagainya. Malah sekiranya berlarutan boleh menimbulkan konflik diri yang berlanjutan. Keadaan berkenaan juga akan mempengaruhi pola kehidupan seharian, sekiranya sebelum ini anda dikenali dengan seorang yang mempunyai gaya penampilan yang kemas, segak, cantik dan dan pandai bersosial, namun sekiranya emosi tidak dapat diurus dengan baik, ia boleh menjejaskan kehidupan seharian, bukan sahaja di tempat kerja, malah turut memberi kesan kepada rumahtangga. Mungkin sesetengah orang hanya memandang ringan tentang emosi kerana merasakan buat apa mementingkan emosi kerana ia boleh datang dan pergi mengikut keadaan semasa. Pemikiran dan tanggapan tersebut perlu dikikis dalam minda kerana dengan emosi yang tidak stabil akan memberikan impak yang besar dalam kehidupan. 
   
     Emosi amat diperlukan dalam kehidupan manusia apatah lagi dalam sesebuah institusi rumahtangga kerana tanpa emosi maka tidak akan wujud kasih sayang di antara satu sama lain.  Justeru itu setiap orang perlu hidup dengan mempunyai emosi yang cerdas dalam melalui dan mengatur kehidupan agar tidak mudah terjebak dengan unsur-unsur pemikiran yang songsang . lndividu yang memiliki unsur-unsur negatif itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak selesa, tidak tenteram dan selalu memandang serong pada orang lain.  Oleh yang demikian berusahalah untuk mengubah sikap dan sifat diri untuk lebih menghargai emosi diri dengan memberi layanan yang baik kepada orang lain supaya emosi orang lain juga terjaga dalam melahirkan keharmonian dalam kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan