Apa itu kawan? Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Setiap orang mesti ada kawan,tetapi adakah kawan itu kawan sejati?? Saya ada sekumpulan kawan yang sangat baik sejak kecil, kami sama sekolah, sama kelas. Bila cuti kami mesti keluar sembang, shopping, tetapi bila masuk universiti kami pula pisah pecah, ada yang masuk uum di kedah, ada yang masuk ums di sabah, saya pula di ukm, masa yang boleh kami jumpa semakin kurang.
Namun begitu, apabila sem break kami akan hang out, oleh itu semoga cuti cepat datang, supaya kami boleh himpun lagi. Friendship forever!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan