Jumaat, 16 Oktober 2015

Beban


Semua ibu bapa di dunia ini menginginkan anak mereka berjaya dalam hidup mereka. Oleh itu ibu bapa mengharapkan anak-anak mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam akademik dan memperoleh kerja yang baik dan senang serta menjadi manusia yang berguna pada masa akan datang. Ibu bapa saya juga sama.

Ibu bapa saya mengharapkan saya sentiasa mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap exam yang saya duduki, mereka sentiasa mengingatkan saya belajar bersungguh-sungguh. Saya ingin merealisasikan harapan mereka tetapi harapan mereka yang berat ini telah menjadi beban saya semasa saya memasuki universiti. Environment yang baru, subject yang baru seperti akaun yang merupakan subjek penting yang saya wajib penting telah meyebabkan saya pening kerana saya tiada apa-apa basic dalam ini. Walaupun saya sudah try my best,tapi ini memang menyebabkan saya berasa stress, saya lagi stress apabila telefon dengan ibu bapa, kerana harapan mereka inginkan saya score yang menjadi beban saya selama ini.


Walaubagaimanapun, saya akan try my best untuk mencapai harapan ibu bapa dan berusaha bertukar beban ini sebagai dorongan dalam mempelajari semua subjek terutamanya akaun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan