Jumaat, 23 Oktober 2015

Makanan Seimbang


Pemakanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah.
Mampu mengawal kadar obesiti.Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikalAktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.

Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

Marilah kita sama-sama megamalkan makanan yang seimbang supaya badan kita sihat, badan cergas otak cerdas...

sesal


  Sebelum membuat sebarang sebarang keputusan, kita perlu berfikir sebaik-baik mungkin supaya tidak akan sesal kemudian.

   Masih teringat masa saya form 3 , masa itu masih ada peperiksaan pmr, ibu bapa selalu menasihati saya membaca kerana nak menduduki exam, tapi saya tidak mendengar langsung, saya asyik bermain, melepak dan tidak pernah membuat ulang kaji di rumah langsung. Perkataan sesal yang saya faham adalah semasa saya membuka kertas soalan, saya memang tak tau buat apa-apa soalan di dalamnya. Selepas keputusan keluar, saya memang sesal kenapa saya tidak belajar bersungguh- sungguh sebelum ini.

   Selepas itu, saya selalu mengingati saya, nak try my best in every exam that i sit for.

Ahad, 18 Oktober 2015

Love


Apa itu love? Maksud love dapat dibahagi kepada beberapa bahagian untuk diterangkan. Cinta kita terhadap ibu bapa kita adalah satu love, kasih sayang antara adik-beradik pun sesuatu love, hubungan baik ,sayang kita dengan sahabat juga merupakan love, cinta kita terhadap kekasih juga susuatu love.

Setiap orang juga ingin mendapatkan kasih sayang daripada orang lain. Kasih sayang ini merupakan satu dorongan dalam kehidupan kita, ia akan menjadi panduan dalam masa depan kita. Seperti yang kita tahu, banyak kes-kes gejala sosial yang berlaku selama ini, kerana mereka kurang prihatin dan love daripada keluarga mereka, mereka mudah sesak jalan dalam kehidupan.. 

Oleh itu, kita mestilah sayang ibu bapa kita, anak kita, adik-beradik kita, menghargai semua orang di sekeliling kita . Kita juga perlu mununjukkan love kita terhadap mereka,contoh ingat hari jadi mereka, celebrate with them n so on.


Jumaat, 16 Oktober 2015

Beban


Semua ibu bapa di dunia ini menginginkan anak mereka berjaya dalam hidup mereka. Oleh itu ibu bapa mengharapkan anak-anak mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam akademik dan memperoleh kerja yang baik dan senang serta menjadi manusia yang berguna pada masa akan datang. Ibu bapa saya juga sama.

Ibu bapa saya mengharapkan saya sentiasa mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap exam yang saya duduki, mereka sentiasa mengingatkan saya belajar bersungguh-sungguh. Saya ingin merealisasikan harapan mereka tetapi harapan mereka yang berat ini telah menjadi beban saya semasa saya memasuki universiti. Environment yang baru, subject yang baru seperti akaun yang merupakan subjek penting yang saya wajib penting telah meyebabkan saya pening kerana saya tiada apa-apa basic dalam ini. Walaupun saya sudah try my best,tapi ini memang menyebabkan saya berasa stress, saya lagi stress apabila telefon dengan ibu bapa, kerana harapan mereka inginkan saya score yang menjadi beban saya selama ini.


Walaubagaimanapun, saya akan try my best untuk mencapai harapan ibu bapa dan berusaha bertukar beban ini sebagai dorongan dalam mempelajari semua subjek terutamanya akaun. 

Ahad, 11 Oktober 2015

Roommate


    Roommate saya bernama Wee En Ling, dari Kelantan.
Dia adalah second intake yang mengambil kursus matematik dari FST.
    Masih ingat hari pertama dia masuk bilik saya, masa itu saya masih tidur, tiba-tiba saya dengar ada bunyi buka pintu,saya berasa terkejut. Dia juga dalam keadaan yang sama kerana dia tidak perasan saya masih dalam tidur.
    Pada mulanya kami tidak banyak mencakap, tapi selepas beberapa minggu kami menjadi kawan baik,kami selalu pergi toton movie seperti our times, the hunger games..Kami selalu juga pergi makan bersama, pergi Hotel Puri,pasar malam dan sebagainya. Selain itu, saya juga ikut dia balik rumah kakaknya di Ampang, dia ikut saya balik Ipoh.
    Saya berharap hubungan kami terus erat, tidak ada pergaduhan antara kita.

Sabtu, 10 Oktober 2015

10.10


10.10 -10 of oktober iaitu birthday mak saya. Saya ingin beri satu surprise baginya. Disebabkan saya belajar di ukm yang jauh dari hometown saya, ipoh, mak tak sangka saya akan balik meraikan dengan dia.

Hari itu, bila saya sampai ktm ipoh,saya call kawan saya dan pergi beli kek,saya tak nak call bapa untuk jemput saya,kerana saya takut mak akan tau. Bila saya sampai rumah dengan kek dan sambil menyanyi lagu selamat jadi, mak saya sangat memang surprise dan touched..


Saya berjaya bagi mak saya satu birthday yang tidak dapat dilupakan.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Kawan Sejati


Apa itu kawan? Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.

Setiap orang mesti ada kawan,tetapi adakah kawan itu kawan sejati?? Saya ada sekumpulan kawan yang sangat baik sejak kecil, kami sama sekolah, sama kelas. Bila cuti kami mesti keluar sembang, shopping, tetapi bila masuk universiti kami pula pisah pecah, ada yang masuk uum di kedah, ada yang masuk ums di sabah, saya pula di ukm, masa yang boleh kami jumpa semakin kurang.

Namun begitu, apabila sem break kami akan hang out, oleh itu semoga cuti cepat datang, supaya kami boleh himpun lagi. Friendship forever!!!

Jumaat, 2 Oktober 2015

Mentor


Di ukm, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusam (fep) terdapat satu program yang dipanggil ,program mentor-mentee, iaitu terdapat seorang lecture yang menjadi mentor kita, membimbing kita, mendengar dan membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Program ini sangat baik yang dapat membantu kita merapatkan hubungan kita dengan lecture, dapat menimba pengetahuan kita apabila berinteraksi dengan lecture yang berpengalaman dan berpengetahuan.

Mentor saya ialah Encik Selamat Bin Kundari. Beliau ialah lecture yang mengajar saya prinsip perakaunan,seorang yang peramah. Oleh sebab saya tiada basic langsung dalam akaun, beliau telah memberi banyak sokongan kepada saya, mengajar saya dengan prihatin.

Saya berasa bersyukur kerana mempunyai satu mentor yang begitu baik, membantu saya dengan banyak.