Memaparkan catatan dengan label bebas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bebas. Papar semua catatan

Selasa, 1 Disember 2015

Perayaan Dongzhi Kolej Keris Mas

    Selepas beberapa minggu usaha, inilah harinya iaitu satu event besar yang diadakan di KKM. Walaupun saya anggota Kuo, tapi saya juga pergi menolong untuk menjayakan event ini.
Dongzhi merupakan salah festival d imana seluruh anggota keluarga berkumpul bersama bagi masyarakat cina . Mereka makan tangyuan atau sejenis kue berbentuk bola yang terbuat dari tepung ketan, terkadang diberi pewarna merah. Setiap anggota keluarga setidaknya menerima satu butir Tangyuan berukuran besar dan beberapa berukuran kecil, disajikan bersama kuah manis yang terkadang dicampur arak atau bunga jiuniang.
Menurut tradisi kuno, orang-orang dari marga atau suku yang sama akan berkumpul pada kuil leluhur mereka masing-masing untuk bersembahyang. Selanjutnya akan diadakan perjamuan makan yang besar setelah upacara sembahyang selesai. Makanan yang dimakan selama festival juga menjadi pengingat bahwa saat itu tahun sudah tua dan diharapkan akan lebih baik pada tahun yang baru.
    Event ini telah diadakan dengan jayanya, masih ingat sebelum ini kami menjual tiket di semua kolej, dengan mengetuk pintu bilik wanita one by one... Kami sama-sama bincang aktiviti yang boleh buat, sama-sama menerima teguran daripada senior, walaupun ada kala akan wujud konflik, tapi tidak menjejaskan hubungan kami,sebaliknya mengeratkan lagi hubungan kita.
    Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu selama ini, dan juga senior yang meluangkan masa dan memberi pandangan, kritikan supaya dapat membaiki kelemahan kami yang ada dan juga banyak berterima kasih kepada Shaun Lee dan Fuying and Sam yang sanggup memberi persembahan kepada kami... Akhir sekali, terima kasih semua penonton, kawan yang sanggup menghadiri pada hari ini untuk menyokong event ini.


   

Isnin, 23 November 2015

Pesta Tanglung Ukm ke-36


     Pesta Tanglung is a  perennial activities of  (Persatuan Mahasiswa UKM). It is a wonderful , great activity which can let us gain a lot of knowlege, experience..

.The theme this session -PT35  is "One letter led by emotion," the story describes four main friend received an anonymous handwritten letters, and attach a few advertised a "make the world a better place," the task card. Content task cards may seem simple, but who live in different areas, different lives of four people who die in the execution also have their own difficulties. Four experienced a lot of things in the course of the task card, which changed their attitude towards life views and life.

     PT 35 realized that the concept of filial piety nowadays society is gradually fading, It emerged strongly in cooperation with all aspects, be the first to promote micro filial movement groups in Malaysia. It also honored to have Mr. Ye Jianfeng served as ambassador micro filial appeal,


Story theater is hoping to promote the spirit of self-reliance everyone, as long as we pay attention to the surroundings can have a little more caring, less selfish, less moment of hesitation, the community is no longer cold. This community is warm, as long as you have a heart a chivalrous.

Rabu, 18 November 2015

Our Times


   Our Times ialah sebuah movie Taiwan, sebuah movie yang terharu. Ia telah mengeluarkan perasaan kita semasa kita masih di sekolah menengah.

    Perkara-perkara yang pernah kita ingin buat, tapi tak ada buat, dream kita, friendship kita dan banyak-banyak lagi.  Masih ingat masa itu semua masih tak matang , infatuate idoals...

    Masih ingat masa yang kita tak buat homework, didenda oleh guru, tidur dalam kelas, makan bersama dalam kelas dan sebagainya.

Khamis, 12 November 2015

tutor


    Dalam cuti midsem ini saya telah pergi jumpa satu tutor akaun, yang bernama Kai Er, di One Accaunting Centre di Ipoh.
    Dia seorang yang peramah, bantu saya dengan banyak. Sebelum saya belajar akaun saya tahu akaun terdiri daripada beberapa konsep seperti belanja, hasil, liabiliti, aset yang merupakan konsep utama. Dalam pengetahuan saya, belanja adalah mengeluarkan wang untuk membeli sesuatu, dan hasil ialah mendapatkan wang daripada satu aktiviti, tapi sebenarnya tidak. Kai Er mengajar saya hasil ialah menjual atau menghantar sesuatu keluar seperti barang dan perkhidmatan tanpa mengira sudah terima wang atau tidak manakala belanja ialah mendapat suatu faedah tanpa mengira sudah bayar atau tak.
    Dia telah mengajar saya banyak dan buat saya minat dalam subjek ini. Dia memang sabar dalam mengajar saya kerana saya selalu tanya banyak soalan. Saya berasa bersyukur kerana berpeluang mengenalinya.

Selasa, 3 November 2015

Girls' time

   

Masa berlalu dengan cepat... Saya masuk UKM pun sudah 2 bulan lebih. Hidup di sini pun ok la, tapi ada kala sangat rindu akan ahli keluarga, kawan- kawan.. Oleh itu jika ada peluang saya akan balik rumah, rumah pun tak jauh sangat, di Ipoh, jika take ets, 2 jam 30 pun boleh sampai.

    Kali ini saya balik, saya telah mengajak kawan-kawan baik buat gathering, kerana lama tak jumpa.. Walaupun lama tak jumpa, hubungan kami masih sama, masih banyak cakap, cakap tak berhentipun.
Masa yang saya tak ada di sini, banyak tak berlaku, ada yang sedih, ada yang gembira.. Namun begitu apa yang paling gembira ialah, tak kira di mana kami semua berada di mana, hati kami jugalah sama, hubungan kita adalah erat.. 


Lagi satu yang tak berubah ialah,     Everytime we meet, masih makan "STEAMBOAT", kenapa tak boleh tukar sikit???

Jumaat, 23 Oktober 2015

Makanan Seimbang


Pemakanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah.
Mampu mengawal kadar obesiti.Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikalAktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.

Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

Marilah kita sama-sama megamalkan makanan yang seimbang supaya badan kita sihat, badan cergas otak cerdas...

Ahad, 18 Oktober 2015

Love


Apa itu love? Maksud love dapat dibahagi kepada beberapa bahagian untuk diterangkan. Cinta kita terhadap ibu bapa kita adalah satu love, kasih sayang antara adik-beradik pun sesuatu love, hubungan baik ,sayang kita dengan sahabat juga merupakan love, cinta kita terhadap kekasih juga susuatu love.

Setiap orang juga ingin mendapatkan kasih sayang daripada orang lain. Kasih sayang ini merupakan satu dorongan dalam kehidupan kita, ia akan menjadi panduan dalam masa depan kita. Seperti yang kita tahu, banyak kes-kes gejala sosial yang berlaku selama ini, kerana mereka kurang prihatin dan love daripada keluarga mereka, mereka mudah sesak jalan dalam kehidupan.. 

Oleh itu, kita mestilah sayang ibu bapa kita, anak kita, adik-beradik kita, menghargai semua orang di sekeliling kita . Kita juga perlu mununjukkan love kita terhadap mereka,contoh ingat hari jadi mereka, celebrate with them n so on.


Ahad, 11 Oktober 2015

Roommate


    Roommate saya bernama Wee En Ling, dari Kelantan.
Dia adalah second intake yang mengambil kursus matematik dari FST.
    Masih ingat hari pertama dia masuk bilik saya, masa itu saya masih tidur, tiba-tiba saya dengar ada bunyi buka pintu,saya berasa terkejut. Dia juga dalam keadaan yang sama kerana dia tidak perasan saya masih dalam tidur.
    Pada mulanya kami tidak banyak mencakap, tapi selepas beberapa minggu kami menjadi kawan baik,kami selalu pergi toton movie seperti our times, the hunger games..Kami selalu juga pergi makan bersama, pergi Hotel Puri,pasar malam dan sebagainya. Selain itu, saya juga ikut dia balik rumah kakaknya di Ampang, dia ikut saya balik Ipoh.
    Saya berharap hubungan kami terus erat, tidak ada pergaduhan antara kita.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Kawan Sejati


Apa itu kawan? Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.

Setiap orang mesti ada kawan,tetapi adakah kawan itu kawan sejati?? Saya ada sekumpulan kawan yang sangat baik sejak kecil, kami sama sekolah, sama kelas. Bila cuti kami mesti keluar sembang, shopping, tetapi bila masuk universiti kami pula pisah pecah, ada yang masuk uum di kedah, ada yang masuk ums di sabah, saya pula di ukm, masa yang boleh kami jumpa semakin kurang.

Namun begitu, apabila sem break kami akan hang out, oleh itu semoga cuti cepat datang, supaya kami boleh himpun lagi. Friendship forever!!!

Sabtu, 26 September 2015

Stress


Selepas memasuki universiti,saya tertekan dengan stress kerana masih tidak dapat menyesuaikan diri dalam suasana yang baru. Oleh itu saya memilih untuk post artikel ini-    cara untuk mengatasi stress.
      Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza  tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa  kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan penderitaan  sehingga tekanan yang dihadapi  itu  membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya faktor pelajaran. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah saya ambil bagi menangani masalah tekanan.
    cara yang tepat untuk mengatasi stres adalah dengan mendekatkan diri kepada Tuhan. Berdoa dan meluahkan rasa hati kepada Tuhan dapat meringankan bebanan. Dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, remaja dapat menerima hakikat bahawa masalah yang datang itu adalah dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap keimanan seseorang. Dugaan itu akan dipandang dari sudut yang positif jika remaja menerima segala masalah sebagai ketentuan atau takdir daripada Tuhan. Maka mendekatkan diri kepada Tuhan dengan beribadat merupakan cara yang paling tepat untuk menghilangkan keresahan hati dan remaja boleh memohon petunjuk daripada Tuhan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
     Kerunsingan terbukti dapat dihindarkan atau diatasi dengan cara beriadah. Jika ada masalah, luangkan masa untuk bersenam atau berjalan-jalan di kawasan riadah yang tenang. Ini selaras dengan slogan badan cergas otak cerdas. Aliran darah yang lancar hasil aktiviti riadah dapat mengurangkan tekanan pada minda yang berserabut dan kemungkinan remaja dapat melupakan seketika masalah yang sedang ditanggung. Remaja juga patut mengajak rakan atau ahli keluarga untuk bersama-sama beriadah dan hasil komunikasi ketika sesi riadah dapat membantu meringankan masalah. Tuntasnya, proses biologi yang tercetus ketika beriadah dapat memberi ilham kepada remaja untuk menyelesaikan masalah emosi yang ditanggung.
       Berehat juga boleh mengatasi masalah stress. Kebiasaannya, individu yang mengalami stress akan sibuk dan kekurangan masa untuk tidur. Hal ini bermaksud, tubuh badan tidak memperolehi rehat yang secukupnya lalu ia akan memudaratkan kesihatan seseorang. oleh yang demikian, seseorang individu hendaklah mengatur masa tidur dan rehat secara sistematik agar tubuh badan tidak menjadi lemah. Tambahan lagi, beriadah dan mendengar music secaraber sendiri juga boleh merehatkan minda daripada masalah stress.
    Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, tekanan mental tidak akan memudaratkan seseorang sekiranya ditangani dengan hati yang tenang dan relaks. Analogi mudah bagi tekanan mental ialah “pengambilan vitamin”. Pada prinsipnya, tekanan mental sama seperti pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang seimbang akan meningkatkan sistem immunisasi individu. Walaupun begitu, pengambilan vitamin yang berlebihan pula akan mendatangkan kesan sebaliknya! Begitu jugalah dengan tekanan mental kerana tekanan mental yang optimum akan memajukan seseorang tetapi tekanan mental yang terlampau akan membebankan dirinya.