Hari ini nak buka tirai baru dengan cerita baru yang bertajuk OBSES..
Maksud obses ni besar, atau keterangannya kita terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melakukan apa saja demi benda tu..
obses ni bagi saya seseorg itu menghambakan diri pada sesuatu perkara yang melibatkan hati, pemikiran, fizikal, masa dan kehendak..
obses ni saya rasa macam satu penyakit sebenarnya tak kira positif atau negatif..
obses ni termasuk dalam skop mengagungkan, yakni kita mengagungkan sesuatu..
kenapa saya cakap penyakit, kerana ia akan mendatangkan kesan burukl kepada kita..
bila kita oses, benda yang salah akan semuanya betul, benda yang mula-mula betul akan menjadi salah dan benda yang sejelasnya salah akan menjadi lebih salah..
Saya sangat obses dengan laman web.
Obses dengan laman web sentiasa memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial. Keadaan ini menyebabkan saya sentiasa mengantuk dalam kelas.
Laman web boleh membantu saya menghubungi teman lama yang terpisah, mempertemukan sahabat lama terpisah. Saya boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama,kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim.
Obses dengan laman web membolehkan saya memperoleh maklumat terkini dengan cepat,hal ini dapat mengelakkan saya daripada menjadi katak dalam tempurung. Melayari internet dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya.
Obses dengan laman web membolehkan saya memperoleh maklumat terkini dengan cepat,hal ini dapat mengelakkan saya daripada menjadi katak dalam tempurung. Melayari internet dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya.
Oleh itu,obses terhadap membawa kebaikan dan juga keburukan,tetapi janganlah kita terlalu obses terhadap sesuatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan